Sunday, December 30, 2018

Akhir Kata ..

Semoga ilmu yang dipelajari berkat & diredhaiNYA serta mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang dilakukan .. 

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya

BAB 14 : PERSEDIAAN KE SEKOLAH


Bab ini akan merumuskan tentang alam persekolahan. Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.

         Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-

Aspek Fizikal
Aspek Psikososial
Aspek Komuniti Pembelajaran
Aspek Komuniti Pembelajaran

         Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
               Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

         Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

             Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.
             Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
            Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.
Aspek Psikososial
        Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.

            Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
           Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.

Aspek Fizikal
          Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.
          Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.

         Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

NOTA SLIDE

BAB 13 STRATEGI MENGURUSKAN BILIK DARJAH


      Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolahBiasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putihBagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan


Jenis jenis pembelajaran

*Bilik darjah tradisi
*Bilik darjah terbuka
*Bilik darjah bercantum
*Bilik darjah pra sekolah
*Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
*Bilik darjah multimedia
*Bilik darjah mata pelajaran khas

        TRADISI
       *Kerusi dan meja disusun baris demi baris.
       *Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
   *Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan.
     *Aktiviti melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru.

        TERBUKA
*Kerusi dan meja disusun baris demi baris.
*Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
*Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan.
*Aktiviti melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru.


BERCANTUM
*Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka
*Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang. 
*Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri
*Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai.

      PRASEKOLAH
*Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
*Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
*Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni

        MULTIMEDIA
*Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
*Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
*Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni

         PELAJARAN KHAS
        *Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
       *Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti  amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
      *Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan. 

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

         SAIZ BILIK DARJAH
*Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
*Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
*Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan. 

SUSUNAN BILIK DARJAH
*Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru. 

PERALATAN
*Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
*Kerusi dan meja guru
*Papan hitam/putih
*Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
*Rak buku
*Bahan pengajaran dan pembelajaran

 PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN
*Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi.
*Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
*Bilik darjah yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid.
Situasi ini menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk

CIRI KESELAMATAN
*Ruang kerja selesa – susun atur perabot
*Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
*Cahaya dan pengudaraan yang cukup
*Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
*Sudut pameran/hasil kerja murid
*Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
*Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
NOTA SLIDE

BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Bab ini akan membincangkan perkongsian antara ibubapa, sekolah dan masyarakat  bagi mencapai matlamat
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
      mencapai matlamat atau objektif yang sama
      perlu ada hubungan yang mantap dan akrab  
      gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat
Hubungan ibubapa dan sekolah (PIBG


  • ·        Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
  • ·        Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  • ·        Tindakan PIBG membela nasib guru:  (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
  • ·        Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
  • ·        Perbincangan boleh diadakan dari semasa     ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapiKepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.
  • ·        Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar  minda, menarik minat dan memberikan  motivasi yang tinggi kepada pelajar.
  • ·        Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
  • NOTA SLIDE

BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Bab ini mengatakan bahawa pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan berkeperluan khas.  Bab ini juga membincang, menjelaskan dan membezakan pengurusan murid pelbagai upaya.
Pemulihan

Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Malah, Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya

Ciri2 kanak2 Pemulihan
·         Rendah diri
·         Pasif
·         Mengganggu rakan
·         Kerap tidak hadir sekolah
·         Lemah pemahaman
·         Malas
·         Cepat bosan

Penggayaan
Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

Jenis Penggayaan ada 2

·        Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.

·         Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja
        
Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).  Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri.  Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.
            Murid berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU.  Antara enam kategori murid berkeperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU merupakan kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom, Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.
           Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya guru perlu mendidik pelajarnya  dengan ikhlas.  Guru perlu menggunakan cara pendekatan pembelajaran  yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar.  Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang berwarna yang mempunyai gambar.
               Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka. Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat.  Bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangann potensi yang melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial.  Menjadi satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan pelajar itu sendiri.  Setiap murid pendidikan khas yang mengalami masalah lembam (slow learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar normal sekiranya pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.
            Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor kepada para pelajarnya.  Perkara ini dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu sentiasa perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran.  Guru sentiasa memastikan pelajar mengikuti setiap pembelajaran yang diajar.  Guru perlu sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap pelajarnya misalnya pelajar yang berpendidikan khas

          Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai.  Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif.  Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum

NOTA SLIDE

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Bab ini tentang kepelbagaian budaya murid.  Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid.  Bab ini juga dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.

           Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.  Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya.

            Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu“buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.  Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.

          Antara cara penyelesaian pengurusan budaya merupakan budaya membaca seperti wujud program nilam, perpustakaan yang lengkap, program akhbar, dan pameran.  Budaya hormat-menghormati yang mengandungi pendidikan tidak formal, pendidikan semiformal, dan pendidikan formal.  Seterusnya, budaya agama dan kaum seperti aktiviti dalam kelas, hasi sukan, hari guru, gorong-royong, aktiviti persatuan, dan badan beruniform yang dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain tanpa mempedulikan kaum, bangsa, dan agama.  Budaya status sosial seperti biasiswa dan tuisyen percuma.  Budaya berpakaian seperti ketatkan peraturan sekolah dan kempen-kempen tertentu.
            Antara faktor kewujudan kepelbagaian budaya sekolah seperti berikut.  Sebagai contoh, melahirkan masyarakat yang suka membaca, menghargai jasa dan sumbangan guru, memupuk sikap majmuk dan harmoni antara pelbagai kaum, jurang ekonomi dapat dikecilkan dan lain-lain.

         Akhir kata, bab ini dapat membantu lebih memahami peranan seorang guru untuk menentukan suasana budaya sekolah.  Guru akan sedar bahawa mempunyai pelbagai masalah yang ditimbul dalam kalangan pelajar atas isu budaya.  Sebagai seorang guru,memang penting untuk menyiapkan diri supaya boleh jadi teladan bagi pelajar

NOTA SLIDE

BAB 9 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam bab ini, terdapat tiga elemen yang dititikberatkan yakni bimbingan, penasihatan dan mentoring.

Bimbingan
·        Proses membantu individu membuat keputusan  yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Penasihatan
  • ·       Proses menasihati individu atau kumpulan. Ia juga adalah kehendak kepada kebaikan kepada penasihat.
  • ·        Penasihat sepatutnya bersikap positif, tinggi motivasi & prihatin, serta

·                           -  berilmu: hal ehwal pengajian, asas kemahiran kaunseling & kemahiran menolong
  • ·        -  mempunyai kemahiran khusus tentang sistem akademik dan peraturan akademik, teknik pembelajaran berkesan, penilaian, isu-isu pelajar/remaja.

·        -  mesra pelajar

Mentoring
  • ·        Proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.
  • ·        Ia juga melibatkan mentor dan mentee
  • ·        Berasal daripada perkataan Greek
  • ·        “Mentor ialah anak kepada Alcumus dan, ketika lanjut usia, dia berkawan dengan Odysseus. Apabila melibatkan diri dalam Perang Trojan, Odysseus menyerahkan tugas menjaga istana dan anaknya Telemachus kepada Mentor. Tidak lama kemudian, Dewi Athena menziarahi Telemachus dan menyamar sebagai Mentor untuk menlindungi diri dari dijumpai sebilangan jejaka yang cuba melamar Penelope iaitu ibu kepada Telemachus.Dewi yang menyamar itu menggesa Telemachus agar membantah lamaran mereka lalu pergi berantau untuk mencari bapanya. Sekembali Odysseus ke Ithaca, Athena bertukar menjadi burung layang-layang sementara para pelamar tersebut gagal menewaskan Odysseus.”
  • ·        Mentor = rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.
  • ·        Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.
  • ·        Mentee = individu yang menerima pertolongan.
  • ·        Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri

Faedah mentoring kpd mentor
1.      Dapat membina kemahiran pemantauan dalam sesebuah organisasi
2.      Membina kepuasan diri.
3.      Dapat berkongsi pengalaman yang ada
·        Faedah mentoring kepada mentee
1.      Berjaya membina hubungan baik dengan orang lain
2.      Membimbing mentee menyelesaikan masalah
3.      Mengurangkan kadar jenayah di sekolah
4.      Memupuk semangat pelajar disekolah
·        Insentif mentoran
·        Mempunyai perspektif pengurusan masa yang baik
·        Mengetahui dengan baik selok - belok organisasi
·        Kredibiliti dan mudah ditemui
·        Kemahiran komunikasi yang baik
·        Orientasi empower dan orientasi kemajuan
·        Semangat mencipta