Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil
pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh
dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini
perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum,
sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif
pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif
ekspresif.
Dalam hal yang demikian, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu melibatkan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pelajaran ini boleh
terdiri daripada buku teks, buku rujukan, surat khabar dan alat bantu mengajar
seperti kad gambar, model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud,pita
rakaman, televisyen, computer dan sebagainya. ( Jaaafar Atan, komunikasi
peribadi, 2013).
Persediaan segala alat
bantu mengajar ini mestilah benar-benar dapat menjelaskan butiran pengajaran
dan pembelajaran. Semua alat tersebut perlu disenaraikan bersama dengan
bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti
individu atau kumpulan yang memerlukan alatan yang mencakupi. Oleh itu,
pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini adalah penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar
tanpa secara gangguan.
Prinsip
Pembelajaran
- · Kesediaan Pembelajaran
- · Pengalaman
- · Latihan
- · Kondusif
- · Bermatlamat
- · Penglibatan aktif
- · Persediaan awal
- · Mengkaji murid
- · Unsur Dorongan
RUMUSAN
Untuk Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki
segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua
aspek.
Seterusnya, ciri-ciri
seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan
peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai
dan juga penyabar menghadapi kerenah
murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.
Oleh yang demikian,
pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting
sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik
selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan
dunia.
NOTA SLIDE
NOTA SLIDE
No comments:
Post a Comment