KEPIMPINAN
SEKOLAH
Kepemimpinan adalah
seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri.
Robert Kreither -
Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara
sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa
dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang
terarah pada tujuan organisasi.
ORGANISASI SEKOLAH
Perihal
menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm
masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.
Organisasi sekolah
membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.
Sistem di sekolah lebih
tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.
GAYA
KEMPIMPINAN
Gaya kepimpinan
menurut Thoha (1995: 37)
pula ditakrifkan sebagai
perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi
fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya. Beliau
juga mengertikan gaya
kepimpinan sebagai perilaku
pemimpin dalam mempengaruhi bawahannya
iaitu kemampuan pemimpin
untuk menyatakan sesuatu
hal dengan gaya kepimpinan
tertentu.
Gaya kepimpinan terdiri
daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan
hubungan.
AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis
autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan
tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan
tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi
yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan
hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan,
kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan
pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong,
pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan
demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain.
Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di
bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak
ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin
mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang
terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang
bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah
pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli
LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak
laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya
dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja
mereka. Pemimpin sedemikian biasanya
memberi kebebasan kepada pekerja
untuk menentukan matlamat mereka
tersendiri serta cara-cara
mencapainya. Pemimpin seperti ini
amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam
melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)
KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan
kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation).
Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah
di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani
dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang
bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih
efektif.
Contoh situasi berbeza:
struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja
ASERTIF
Kepimpinan asertif
adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya,
membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan
dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain.
Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat
keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu
dengan kebenarannya.
RESPONSIF
Kepimpinan responsif
adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat
tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat
setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap
pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.
AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif
adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan,
pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain.
Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga
membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka
selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif
serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan menggunakan
bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk
membuktikan dia bersalah
STRUKTUR JAWATANKUASA
PANITIA MATAPELAJARAN
- . Pengetua (Guru Kanan MT)
- . Naib Pengerusi(Ketua Panitia)
- . Setiausaha
- . Ahli(Guru MT)
Peranan Guru Kanan MT
- · Pengajaran & Pembeljaran yg berkesan
- · Penyelaras bidang mata pelajarannya
- · Mengurus & mentadbir koko bidang MT
- · Pengurus stor & inventori bidag MT
- · Kemajuan staf akademik dan bukan staf akademik dalam MT
No comments:
Post a Comment