Tingkah
laku seseorang dibentuk oleh akal fikirannya sendiri & peranan masyarakat
sekeliling. Teori perkembangan manusia terpecah kepada dua iaitu Psikologi yg dipelopori oleh
Sigmund Freud, Erik Erikson, Jean Piaget dan Sosiologi yng dipelopori oleh Charles
Cooley, dan George Herbert.
Sosialisasi
Proses
mmpelajari peranan, status dan nilai yg perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia juga
adalah proses pembelajaran secara berterusan yang bermula dari pemindahan
norma/nilai dalam keluarga/budaya. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih
banyak hasil dari interaksi. Sosialisasi terbahagi kepada 3 jenis yakni primer,
sekunder dan resosialisasi.
a) Primer/Permulaan
Berlaku
dalam keluarga dan memainkan peranan penting dlm perkembangan masa depan
seseorang. Diperingkat ini, kanak2 belajar dari org dewasa/ahli keluarga bagi
membina konsep diri, personality, kemahiran motor dan bahasa serta penaakulan.
b) Sekunder/ Penyertaan
Merupakan
proses sosialisasi ransangan di luar lingkungan primer(keluarga). Dalam hal
ini, budaya dipindahkan malalui agen sosialisasi spt rakan sebaya, guru, media
massa, sekolah, gender kelas sosial dan ras. Individu akan memilih peranan sendiri
yang dirasakan sesuai untuk dirinya.
c) Resolisasi/sosialisasi semula
Proses
seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Proses
ini boleh berubah dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dlm
masyarakat, sekolah dan bilik darjah dsb.
Sosialisasi dan Pendidikan
Di
Malaysia, sosialisasi adalah merupakan salah satu matlamat pendidikan. Dlm hal
ini, guru dan rakan bertindak sebagai agen sosialisasi. Ia berlaku melalui
interaksi sosial antara individu murid dengan guru dan rakan. Secara umumnya,
interaksi sosial berlaku dalam sekolah dan secara khususnya ia berlaku didalam
bilik darjah dan semasa proses pembelajaran.
Guru sebagai Model
Kamus
dewan edisi 4 mendefinisikan model sebagai “seseorang
atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh atau teladan(utk ditiru atau diteladani)”.
Lima yang perlu dititikberatkan adalah :
a)
Penampilan dan Bahasa Tubuh
b)
Tingkah Laku
c)
Contoh Teladan
d)
Pengetahuan yang luas
e)
Sifat Kepimpinan
a) Penampilan & Bahasa Tubuh
Perlu
menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian, Rujuk
pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik
darjah, Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan
kewibawaan sebagai seorang guru Senyum dan mempunyai kontak mata dengan murid
serta gerak-geri yang bertenaga dan
bersemangat. Ekspresi muka guru selalu seyum, tenang, kotak mata yang
menunjukkan keprihatinan dan juga sebagai tanda amaran, Paralinguistik:
kekuatan nada suara, tonasi, artikulasi, berhenti sejenak, dan kelajuan
percakapan Postur Tubuh: menggambarkan tahap minat, keterbukaan, & tahap
emosi. Berpeluk tubuh, menyeluk saku Pergerakan badan: tidak statik di hadapan
kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang
pemalu untuk bertanya Ruang peribadi dan sentuhan: peka dengan ruang peribadi
murid dan sensitiviti masyarakat setempat, sentuhan pada bahu sebagai galakan.
b) Tingkah Laku
Melambangkan
keperibadiaan sebagai manusia iaitu sopan, amanah, berhemah tetapi tegas,
berempati, menangani masalah dengan adil, menggunakan bahasa yang sesuai dan
mengawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata.
c) Contoh Teladan
Menunjukkan
minat terhadap perkara yang diajar. Guru sentiasa ceria, tenang dan mempunyai
unsur humor, mengamalkan komunikasi berkesan kepada murid, ikhlas ketika
mengajar, menggalakan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid tidak
kira latar berlakang dan berempati dengan masalah yang dihadapi murid tanpa
putus asa. Antara contoh teladan ialah ,
Menegur/menyapa memberi salam terlebih dahulu kepada murid, ingat nama murid,
gunakan bahasa yang sopan, minta pertolongan murid bukanya memerintah atau
mengarah dan ucapkan terima kasih kepada murid.
e) Pengetahuan yang Luas
Dalam
hal ini, guru sentiasa memperkebangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek
yang diajar, guru mestilah mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa,
guru mestilah juga bersikap kreatif dan inovatif dalam pelajaran
f) Sifat kepimpinan seorang guru
Dalam
hal ini, guru mestilah autokratik, demokratik dan laissez-faire dan hendaklah
menggunakan kepimpinan yang bersuauian dengan situasi.
Dinamika Dalam Bilik Darjah
Ia
adalah pembentukan kumpulan-kumpulan
kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama. Jadi ,
antara faktor yang mempengaruhi pembentukkan dinamika dalam bilik darjah
termasuklah :
·
Jantina
·
Bangsa/agama
·
Status sosioekonomi
·
Pencapaian akademik
·
Personaliti
·
Gaya pembelajaran
Peranan guru
dalam dinamika kumpulan ialah , mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam
bilik darjah. Seterusnya, memberi perhatian kepada kumpulan murid yang
terpinggir/tidak disukai. Kemudian, menggunakan kuasa penularan. Selain itu, membimbing
kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini. Dan yang terakhir ialah guru
sendiri bertindak sebagai model.
Interaksi dalam Pembelajaran
Konsep
interkasi ialah Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa
pihak. Interaksi dua pihak ialah
interaksi seorang guru dengan seorang muridnya. Interaksi beberapa pihak ialah
interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran sama ada Interaksi lisan dan
bukan lisan. Jenis interaksi mempunyai 3 iaitu interaksi sehala atau pasif,
interaksi dua hala dan interaksi kumpulan.
a) Interaksi sehala
mempunyai Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
Pembelajaran berpusatkan guru iaitu guru sebagai pemberi atau penyampai
maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Murid bersikap
pasif jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain akan kurang
berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P. Ia Sesuai
digunakan semasa memberi arahan atau taklimat atau fakta penting kepada murid
sahaja.
b) Interaksi dua hala
ialah Penyertaan murid dalam alam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru
bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman
murid serta Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran dan TIADA
interaksi antara murid-murid.
c) Interaksi kumpulan
ialah Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK
Interaksi ini adalah interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid.
Guru juga bertindak sebagai fasilitator Murid-murid yang saling berbincang dan
berkomunikasi interaksi akan mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi,
bertukar fikiran, dan tolong- menolong Sering diamalkan dalam tugasan amali,
projek, dan pembentangan
.NOTA SLIDE
.NOTA SLIDE
No comments:
Post a Comment