Sosiologi
Sosiologi merupakan
salah satu cabang daripada sains sosial. Sosiologi sendiri berasal daripada
bahasa latin iaitu sosio yang bermaksud bekongsi. Malah, istilah ini juga
merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan
mengenai masyarakat. Ia juga merupakan interaksi sosial dan organisasi,
masyarakat dari segi fungsi,bentuk organisasi sosial dan perkembangan budaya,
kehidupan sosial manusia, kumpulan dan masyarakat dan fenomena sosial yang memfokuskan
hubungan dan interaksi antara manusia. Tujuan utama sosiologi ialah untuk
mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan
utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk
kehidupan sosial mereka.
Antara tokoh-tokoh
sosiologi ialah Ibnu Khaldun(1332-1406), menurut beliau sosiologi merupakan
bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban manusia
dan sosial. Seterusnya, tokoh yang mengasaskan ilmu sosiologi(barat) iaitu
Auguste Comte menegaskan sosiologi
bermaksud ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan
sains lain. beliau juga memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi
berada pada kedudukan teratas (ratu). Seterusnya, Karl Marx. Seorang Jerman.
Beliau menegaskan bahawa perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau
idea tetapi adalah ekonomi. Malah, beliau juag mengkritik sistem kapitilisme
dimana pihak berkemampuan mendominasi ekonomi sementara pekerja terpaksa
bekerja untuk mereka.Tokoh seterusnya ialah Max Weber. Beliau menegaskan bahawa
strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi
sahaja tetapi adalah ekonomi, status dan kuasa. Malah agama juga penting
sebagai agen perubahan .Selain itu, beliau juga mengatakan idea dan nilai
memberi kesan kepada perubahan sosial.Terdapat banyak lagi pendapat dan
tokoh yang melopori sosiologi ini, antaranya termasuklah , Emile Durkheim dan
George Herbert Mead.
Manakala, perspektif sosiologi pula adalah tertumpu
kepada tingkah laku masyarakat, memahami corak intergrasi dan proses kelompok.
Ianya terbahagi kepada 2 yakni mikro dan juga makro. Mikro lebih bersifat kecil
atau individu manakala makro pula lebih bersifat besar, kompleks dan
berfokuskan masyarakat atau organisasi. Contohnya, untuk mikro penagihan dadah
adalah pilihan individu dan kesan fizikal dan mental ke atas individu. Manakala
dari segi makro pula, kes jenayah, penakit berjangkit, kualiti kerja dan
pengeluaran serta pengabaian anak anak.
Terdapat
tiga teori utama sosiologi. Antaranya termasuklah teori Interaksionisme,
Funsionalisme dan Konflik. Pertama sekali, Funsionalisme. Teori ini dipelopori
oleh Auguste Comte. Dlm hal ini, masyrakat dianggap spt tubuh badan yang
mempunyai fungsi sendiri. Dlm hal ini, struktur social akan menentukkan
kelancaran dan keharmonian masyarakat. Penekannanya, fungsi2 pendidikan adalah
utk kepentingan masyarakat. Dalam hal ini, menekankan pengaruh luaran ke atas
pendidikan(komuniti sekolah adalh penerima pasif apa yg ditentukan pihak luar).
Contohnya, aspek kokurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan dan
sebagainya. Malah, teori ini menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam
sistem masyarakat. Tuntasnya, perkembangan individu x diutamakan sepenuhnya.
Teori
kedua pula adalah Konflik. Dipelopori oleh Karl Marx dan Max Weber. Teori ini
melihat masyarakat daripada konflik dan perubahan. Karl menekankan konflik
boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yg sama, dalam
keluaraga atau kumpulan yang mahukan perubahan. Dalam erti kata lain, konflik
dlm masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. Karl juga menegaskan faktor2
ekonomi spt tanah, modal, industri dan perdgangan merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat. Faktor selain ekonomi beliau nyatakan sbg superstruktur
yg dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas yakni ekonomi. Manakala, menurut
Weber pula, menekankan bahawa konflik antara kelas sosial bukanlah disebabkan
agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi
(pengesahan). Setelah melalui proses ini, barulah wibawa dicapai oleh sesuatu
kumpulan kelas social. Teori
Konflik melihat pendidikan sebagai
alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya. Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa
yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas
sosial, dsb. Perkembangan individu tidak diutamakan.
Teori ketiga pula adalah interaksionasme. Ia dipelopori
oleh George Herbert Mead. Interaksi simbolik melihat bagaimna individu
membentuk & dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik
diperolehi dari bentuk symbol spt perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna
semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Dalam erti kata lain
juga, teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro). Ia melihat
interkasi murid, guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki
dan jenis jenis salah laku yg kerap dilakukan. Ia menjelaskan apa yg berlaku di
sekolah tanpa mengaitkan dngan apa yg berlaku dlm msyarakat. Terdapat 7 prinsip
asas interaksionalisme yakni :
i.
Manusia tidak sama dengan
binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
ii.
Keupayaan berfikir manusia
dibentuk oleh interaksi sosial
iii.
Dalam interaksi sosial,
manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan
keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
iv. Simbol dan makna
membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
v. Manusia berupaya
mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu
situasi
vi. Manusia berupaya
menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan
tindakan yang sesuai.
vii. Jalinan aksi dan interaksi
akan membentuk kumpulan dan masyarakat
Pendidikan
Menuruut Syed Muhammad
Qutb, pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek,
fizikal emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan. Manakala John Dewey
pula, pendidikan itu merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat hidup
degn lebih berguna dan selamat. Bagi Amir Hasan pula, ia adalah proses
pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai
yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam
generasi yang sama
Sosiologi
Pendidikan
Kajian yang sistematik
dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang
seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan
kaedah pdp. Matlamat pendidikan boleh di
pecahkan kepada 6 yakni :
·
Sosialisasi
·
Pemilihan
·
Pembudayaan
·
Pelaburan
·
Pembinaan negara bangsa
·
Perkembangan potesni diri
a)
Sosiolisasi
Pendidikan dilihat
sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama
generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima
pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing
–masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
b)
Pemilihan
Pendidikan juga dilihat
sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi
pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
c)
Pembudayaan
Pendidikan sebagai proses
pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima
kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat
itu. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan
nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu. Dari perspektif ini,
proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi
tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat
yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila.
d)
Pelaburan
Pelaburan dalam
pendidikan bererti membelanjakan wang, masa, dan tenaga untuk mendapat
pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa
pulangan menguntungkan pada masa
hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang
lebih tinggi.
e)
Pembinaan warga negara.
Pendidikan sebagai
proses membina warga negara supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme,
mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Negara
kita Malaysia mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita
misalnya memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.
f)
Perkembangan potensi
Pendidikan sebagai
proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya
dan membentuk sahsiahnya. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk
menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. Setiap individu
mempunyai bakat dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. Dengan itu proses
pendidikan ialah proses memu
No comments:
Post a Comment