Bab ini akan merumuskan
tentang alam persekolahan. Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut
pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan
melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka
yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam
belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar
seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum.
kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu
dalam pembelajaran seseorang.
Definisi alam belajar ialah suatu
keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak
dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan
daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam belajar dapat
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-
Aspek
Fizikal
Aspek
Psikososial
Aspek
Komuniti Pembelajaran
Aspek
Komuniti Pembelajaran
Manusia bergantung kepada individu
lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah
insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses
pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran
paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan.
COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala
perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti
pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan
dapat berlaku.
Komuniti pembelajaran boleh
diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara
koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling
membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti
pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan
semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan
proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk
komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai
juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk
kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu,
bukannya secara terpisah.
Sekolah atau bilik darjah sebagai satu
komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu
bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek
hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu
serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang
berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta
saling belajar daripada individu lain.
Menurut McMillan dan
Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan
individu
- Berkongsi peristiwa
atau tindakan dan perasaan
Justeru itu, ahli komuniti
pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama,
membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan
meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti
pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi
idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran
dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar
dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif
kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran
yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk
mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan
yang lain.
Pengalaman pembelajaran
kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar
sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk
bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan
teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial
iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang
mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
Setiap pengalaman murid di dalam
kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan
ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar
ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan
komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina
hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan
masyarakat yang lebih luas.
Aspek
Psikososial
Aspek Psikologi dan hubungan sosial
kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak
yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian
dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat,
diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar
dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan
hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek
akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.
Persekitaran bilik darjah dalam
aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah
yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid,
semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan,
penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk
menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah,
pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk
komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran
psikososial yang membantu pembelajaran.
Menurut Abraham Maslow (1943),
keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu
bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru,
memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk
melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi
keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Aspek
Fizikal
Persekitaran pembelajaran amat
mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung.
Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak.
Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang
tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara
positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir,
membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui
persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada
persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai
berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang
memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka
terhadap pembelajaran juga berbeza.
Persekitaran fizikal bilik darjah dan
sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah
serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan
termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.
Bilik darjah yang terletak dekat
dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah
yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga
akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang
dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.
NOTA SLIDE
NOTA SLIDE
No comments:
Post a Comment