Menurut Jaafar Muhammad
(1988), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara
perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk
mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai. Peter F. Drucker menyatakan pengurusan
sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod
murid mengandungi rekod murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai
kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani,
Emosi, dan Jasmani. Sebagai panduan
kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri
untuk mengetahui potensi diri masing-masing. Tambahan pula, jenis rekod murid
yang terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah
untuk mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi,
rekod profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002.
Noriati (2009)
mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan
tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar
sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang
dilakukan. Selain itu, strategi ini juga
dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid
menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan
mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
Kesediaan murid belajar
boleh didefinisikan sebagai keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya
untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran
yang baru. Menurut Brunner (1966) pula
menyatakan bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang
dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya. Antara kesediaan adalah seperti berikut :
Kesediaan
Kognitif.
Seseorang
pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila
seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
menerima faedahnya. Dengan erti kata
yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang
diperlukannya.
Kesediaan
Afektif.
Kesediaan
afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan,
perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
Kesediaan
Psikomotor.
Psikomotor
merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang
yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang
anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pengerakkan badan. Seseorang yang
mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan
fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.
Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai
kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Pendek kata, Pengurusan
murid memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan, mengenalpasti masalah
dan sebagainya. Seterusnya guru perlulah
mengambil berat akan persedian murud untuk belajar dari segi kognitif,
psikomotor dan afektif. Di samping itu
juga, guru haruslah memberi motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada
pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Akhirnya guru haruslah menggunakan teknik
yang betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan
teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.
Pengurusan murid merupakan satu bidang
yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah
tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan.
Tujuan
Mengurus Rekod Murid
1. Mantapkan sistem
pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil
murid
3. Mengetahui
perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan maklumat
lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi
(JERI)
5. Sebagai panduan
kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan
kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing
Terdapat dua jenis
teknik dorongan dalam bab ini iaitu :
Teknik
Instrinsik
·
- Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
- · Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
- · Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)
- cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu
- · Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
- cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik
Teknik Ekstrinsik
·
Diwujudkan daripada rangsangan luaran
dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan
membawa faedah kepadanya
NOTA SLIDE
NOTA SLIDE
No comments:
Post a Comment